Shahrul Azwan El-Muhammady
Wednesday, June 17, 2015
BULAN RAMADHAN
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala
daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari )
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban)
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik)
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
Wednesday, June 10, 2015
Terima Kasih Bos!
Islam melarang kita memuji berlebihah berdasarkan Hadis Rasullulah saw Dari Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan bahwa ada orang yang memuji temannya yang ada disamping Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Celakalah engkau, kau telah menggorok leher saudaramu. Kau telah meggorok leher saudaramu!” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkannya beberapa kali. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Barang siapa yang terpaksa harus memuji saudaranya, maka katakanlah: ‘Aku kira si fulan demikian dan demikian, tetapi Allah-lah yang menilai (keadaan sebenarnya). Aku tidak mau menilai atas nama Allah (kepada seseorang) demikian dan demikian, jika memang kelebihan itu ada pada dirinya.” [Hadit shahih, riwayat Bukhari dan Muslim].
Islam mengajar kita menghargai seseorang dengan berdoakan tentang kebaikan diri dia seperti Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, maka hendaklah dia mendo’akannya agar diberikan keberkahan kepadanya.” [Hadits shahih, riwayat Imam Malik , Ibnu Majah dan Ahmad]
Coretan ini sebagai tanda perhargaan dan ucapan terima kasih kepada CEO saya yang akan ditukarkan bertugas di hospital lain. Secara peribadi beliau banyak memberi bimbangan dan tunjuk ajar saya dalam tugas rasmi dihospital. Teguran dan tunjur ajar itu membolehkan saya menjadikan panduan dalam menjalankan tugas.
Saya doakan kepada Allah swt agar diberi limpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada beliau dan keluarga beliau. Semoga Allah membalas jasa-jasanya Beliau dengan jaminan pahalaMu, Kekalkan hari-hari hidupan beliau dengan kemakmuran rezeki, kesihatan yang baik dan mendapat peliharaan daripada Allah serta dipanjangkan umur dalam menjalankan kebaikan.
Terima kasih Bos!
Sunday, June 7, 2015
SABAR WAHAI SABAH, ALLAH SEDANG MENGUJI MU..........
Sedih dan hiba apa yang berlaku di bumi Sabah terutama di Ranau, Sabah dekat di hati saya dalam sebuah coretan kehidupan, Moga apa terjadi menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua tentang kekuasaan Allah swt.
Rasulullah SAW pernah melewati di sebelah seorang wanita yang menangisi kematian anaknya. Baginda berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah dan bersabarlah.” Wanita itu berkata, “Engkau tidak rasa musibah yang aku alami.” Ketika Rasulullah SAW berlalu dari situ ada sahabat berkata kepada wanita itu bahawa orang yang menasihati tadi adalah Rasulullah SAW. Alangkah terkejutnya wanita itu, dia segera pergi ke rumah Rasulullah SAW dan berdiri pintunya. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, tadi aku tidak mengenalmu. Sekarang aku sabar.” Rasulullah SAW bersabda, “Sabar itu di awal musibah.” (Bukhari dan Muslim).
Nabi SAW bersabda dalam hadis qudsi: “Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jika engkau bersabar dan mengharap pahala sejak awal tertimpa musibah maka Aku tidak rela memberi pahala untukmu selain Syurga.” (Riwayat Ibnu Majan).
Apa yang berlaku ini angap la satu ujian daripada Allah swt dan bersangka baik kepada Allah swt seperti Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah.” (Riwayat Muslim).
Monday, June 1, 2015
Saturday, May 30, 2015
GURU MEMBENTUK "JERIS" PELAJAR
Pada 29 Mei 2015 Saya kesempatan menerima jemputan sebagai penel "Forum Pendidikan Guru Muda" sempenan Program Bakti Guru 2015 anjuran Institut Pendidikan Guru Lembah Pantai, Kuala Lumpur di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu. Moderator forum pada malam itu iaitu Cikgu Shafie atau lebih dikenali Cikgu Zul merupakan guru di SMK Sultan Sulaiman dan dua orang penel jemputan merupakan guru veteran ialah Tn. Hj. Hashim Mantan pengetua SMK Sultan sulaiman dan Tn. Hj. Mohd Yusuf mantan pensyarah Institut Pendidikan Guru Dato' Haji Razali Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Pada forum tersebut, saya telah melontarkan pendapat bagi melahirkan pelajar cemerlang dan melahirkan insan seimbang para guru perlu membentuk "JERIS" Pelajar iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelaktual dan Sosial. Pada masa kini penekanan bukan sahaja dibilik darjah tetapi Aktiviti luar dibilik darjah memainkan peranan besar kepada melahirkan pelajar cemerlang. Kata-kata orang bijak pandai "Fikiran Cerdik Lahir daripada Badan yang Cergas". Selain itu, aktiviti kokurikum perlu dilihat sebagai satu cara mendidikan para pelajar dengan menggunakan kaedah penerapan pembelajaran dalam kelas secara teori dengan aktiviti luar kelas atau kokurikulum secara praktikal yang di belajari dalam kelas.
Wednesday, May 27, 2015
ROHINGYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Pembunuhan Etnik Rohingya di Mynmar telah terjadi beratusan tahun yang lalu, etnik rohingya merupakan penganut agama islam. Etnik rohingya merupakan penduduk bandar "Arakan" satu bandar perdagangan yang sangat besar tetapi malangnya Raja Burma masuk menakluki bumi "Arakan".
Bermula titik hitam dalam masyarakat rohingya mereka dibunuh, dibakar dan diseksa oleh pemerithan Burma ketika itu. Semasa perang dunia kedua orang islam Rohingya "Arakan" menyokong British kerana British menjanjikan kemerdekaan kepada "Arakan" tapi malanngnya meraka di tipu oleh British tidak memerdekakan negeri itu tetapi menyerah "Arakan' sebagai wilayah Maynmar. sehingga kini etnik rohingnya di tindas dan di seksa.
Sebagai tanggunjawab umat islam, Majlis Belia Negeri Terengganu kerjasama MAIDAM dan Permata UMT akan menganjurkan "Solat Hajat Perdana Selamatkan Rohingya dan Pelancaran Tabung Rohingya", Pada 31 Mei 2015 Masa 7.00 Malam bertempat di Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu.
saudara-saudari di jemput hadir bersama dalam menjayakan program ini
"Rohingya Tanggungjawab Bersama"
Subscribe to:
Comments (Atom)







