Pembunuhan Etnik Rohingya di Mynmar telah terjadi beratusan tahun yang lalu, etnik rohingya merupakan penganut agama islam. Etnik rohingya merupakan penduduk bandar "Arakan" satu bandar perdagangan yang sangat besar tetapi malangnya Raja Burma masuk menakluki bumi "Arakan".
Bermula titik hitam dalam masyarakat rohingya mereka dibunuh, dibakar dan diseksa oleh pemerithan Burma ketika itu. Semasa perang dunia kedua orang islam Rohingya "Arakan" menyokong British kerana British menjanjikan kemerdekaan kepada "Arakan" tapi malanngnya meraka di tipu oleh British tidak memerdekakan negeri itu tetapi menyerah "Arakan' sebagai wilayah Maynmar. sehingga kini etnik rohingnya di tindas dan di seksa.
Sebagai tanggunjawab umat islam, Majlis Belia Negeri Terengganu kerjasama MAIDAM dan Permata UMT akan menganjurkan "Solat Hajat Perdana Selamatkan Rohingya dan Pelancaran Tabung Rohingya", Pada 31 Mei 2015 Masa 7.00 Malam bertempat di Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu.
saudara-saudari di jemput hadir bersama dalam menjayakan program ini
"Rohingya Tanggungjawab Bersama"

No comments:
Post a Comment