Wednesday, May 27, 2015

Bunyian Dalam Majlis Perkhwinan

Ada seseorang menegur bahawa tidak bagus memasang bunyian lagu-lagu semasa Kenduri Majlis Perkahwinan, katanya seperti majlis orang bukan islam,lalu saya berkata boleh tidak jadi masalah bahkan di suruh oleh Rasullullah.
 
Wajah dia berubah dan dia berkata aku belajar ilmu agama tidak pernah saya jumpa.. saya menjawab berdasarkan pengajian saya yang dibolehkan berdasarkan nas yang sahih seperti
 
Sabda rasulullah saw "Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. (Riwayat Bukhari)
 
Dan
 
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment