Pada 29 Mei 2015 Saya kesempatan menerima jemputan sebagai penel "Forum Pendidikan Guru Muda" sempenan Program Bakti Guru 2015 anjuran Institut Pendidikan Guru Lembah Pantai, Kuala Lumpur di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu. Moderator forum pada malam itu iaitu Cikgu Shafie atau lebih dikenali Cikgu Zul merupakan guru di SMK Sultan Sulaiman dan dua orang penel jemputan merupakan guru veteran ialah Tn. Hj. Hashim Mantan pengetua SMK Sultan sulaiman dan Tn. Hj. Mohd Yusuf mantan pensyarah Institut Pendidikan Guru Dato' Haji Razali Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Pada forum tersebut, saya telah melontarkan pendapat bagi melahirkan pelajar cemerlang dan melahirkan insan seimbang para guru perlu membentuk "JERIS" Pelajar iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelaktual dan Sosial. Pada masa kini penekanan bukan sahaja dibilik darjah tetapi Aktiviti luar dibilik darjah memainkan peranan besar kepada melahirkan pelajar cemerlang. Kata-kata orang bijak pandai "Fikiran Cerdik Lahir daripada Badan yang Cergas". Selain itu, aktiviti kokurikum perlu dilihat sebagai satu cara mendidikan para pelajar dengan menggunakan kaedah penerapan pembelajaran dalam kelas secara teori dengan aktiviti luar kelas atau kokurikulum secara praktikal yang di belajari dalam kelas.




No comments:
Post a Comment