Saturday, May 30, 2015

GURU MEMBENTUK "JERIS" PELAJAR

Pada 29 Mei 2015 Saya kesempatan menerima jemputan sebagai penel "Forum Pendidikan Guru Muda" sempenan Program Bakti Guru 2015 anjuran Institut Pendidikan Guru Lembah Pantai, Kuala Lumpur di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu. Moderator forum pada malam itu iaitu Cikgu Shafie atau lebih dikenali Cikgu Zul merupakan guru di SMK Sultan Sulaiman dan dua orang penel jemputan merupakan guru veteran  ialah Tn. Hj. Hashim Mantan pengetua SMK Sultan sulaiman dan Tn. Hj. Mohd Yusuf mantan pensyarah  Institut Pendidikan Guru Dato' Haji Razali Batu Rakit, Kuala Terengganu.
 
Pada forum tersebut, saya telah melontarkan pendapat bagi melahirkan pelajar cemerlang dan melahirkan insan seimbang para guru perlu membentuk "JERIS" Pelajar iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelaktual dan Sosial. Pada masa kini penekanan bukan sahaja dibilik darjah tetapi Aktiviti luar dibilik darjah memainkan peranan besar kepada melahirkan pelajar  cemerlang. Kata-kata orang bijak pandai "Fikiran Cerdik Lahir daripada Badan yang Cergas". Selain itu, aktiviti kokurikum perlu dilihat sebagai satu cara mendidikan para pelajar dengan menggunakan kaedah penerapan pembelajaran dalam kelas secara teori dengan aktiviti luar kelas atau kokurikulum secara praktikal yang di belajari dalam kelas.  
 



 
 

 
 
 

Wednesday, May 27, 2015

ROHINGYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pembunuhan Etnik  Rohingya di Mynmar telah terjadi beratusan tahun yang lalu, etnik rohingya merupakan penganut agama islam. Etnik rohingya merupakan penduduk bandar  "Arakan" satu bandar perdagangan yang sangat besar tetapi malangnya Raja Burma masuk menakluki bumi "Arakan".
 
Bermula titik hitam dalam masyarakat rohingya mereka dibunuh, dibakar dan diseksa oleh pemerithan Burma ketika itu. Semasa perang dunia kedua orang islam Rohingya "Arakan" menyokong British kerana British menjanjikan kemerdekaan kepada "Arakan" tapi malanngnya meraka di tipu oleh British tidak memerdekakan negeri itu tetapi menyerah "Arakan' sebagai wilayah Maynmar. sehingga kini etnik rohingnya di tindas dan di seksa.
 
Sebagai tanggunjawab umat islam, Majlis Belia Negeri Terengganu kerjasama MAIDAM dan Permata UMT akan menganjurkan "Solat Hajat Perdana Selamatkan Rohingya dan Pelancaran Tabung Rohingya", Pada 31 Mei 2015 Masa 7.00 Malam bertempat di Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu.
 
 
 
saudara-saudari di jemput hadir bersama dalam menjayakan program ini
"Rohingya Tanggungjawab Bersama"
 

Bunyian Dalam Majlis Perkhwinan

Ada seseorang menegur bahawa tidak bagus memasang bunyian lagu-lagu semasa Kenduri Majlis Perkahwinan, katanya seperti majlis orang bukan islam,lalu saya berkata boleh tidak jadi masalah bahkan di suruh oleh Rasullullah.
 
Wajah dia berubah dan dia berkata aku belajar ilmu agama tidak pernah saya jumpa.. saya menjawab berdasarkan pengajian saya yang dibolehkan berdasarkan nas yang sahih seperti
 
Sabda rasulullah saw "Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. (Riwayat Bukhari)
 
Dan
 
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Taaruf Shahrul Azwan El-Muhammady


Syukur alhamdulillah kepada Allah yang bersifat Rububiyyah dan Uluhiyyah dengan Nama-nama Allah yang asma'ul husna Allah yang menghidupkan dan mematikan.
 
Firman Allah SWT maksudnya : “Jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A`raf ayat 96 ).
 
Dengan Izin Allah SWT saya manusia yang lemah dan banyak kekurangan diberi sedikit penglaman untuk dikongsikan bersama.
 
Nama Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut atau lebih dikenali sebagai Shahrul Azwan El-Muhammady
 
Berasal daripada
Kg. Nibong atas, Kuala Terengganu
 
Berkelulusan sekolah Rendah
Sek. Keb. Rend. Seri Budiman, Kuala Terengganu.
 
Berkelulusan sekolah menengah
 
SMK Panji Alam, Kuala Terengganu.
 
Berkelulusan Tinggi
Bachelor of Social Work With Honour
Universiti Malaysia Sabah
 
Master Of Corporate Communication (on goin)
Universiti Putra Malaysia
 
Bertugas
Kuala Terengganu Specialist Hospital
 
Penglibatan dalam sukarelawan dan belia
Timbalan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu
 
Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri Terengganu
 
Pen. Ketua Pesuruhajaya Pengakap (Unit Pengakap Kelana) Negeri Terengganu
 
banyak terlibat sebagai Trainer dalam program pembangunan diri, motivasi dan kepimpinan bagi pekerja kerajaan, swasta dan pelajar sekolah sekitar negeri Terengganu.